Sabtu, 14 Mac 2009

Bersyukur dengan apa yg ada

Pada ayah - didiklah anak dgn baik jgn kedekut dgn anak-anak jika ada keinginan dan keperluan mereka cuba tunaikan jika x berdaya cakap dgn baik-baik.....dan selalulah berkomunikasi dgn anak-anak...masa kecil mereka tiada siapa kecuali ayah dan ibu sebagai tempat bergantung....patutlah ALlah memuliakan anak yatim...mereka sebatang kara.....bacalah kisahnya...dan sekiranya ada titisan air mata bercucuran maka anda memahami dan menghayati cerita ini.....berbuat baiklah pada anak yatim......mereka tiada sesiapa didunia ini......



sayunya cerita ini apatah lagi kepada yang mengalaminya.....


Hanya satu kisah...

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya

tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.

Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi

adik.

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku

memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,



terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen



pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,

"Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat



menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.

"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."


hemO-hemO berkata

wp kadang-kadang adik2 selalu mengelisahkan kita..parents pun sama...apa2 pun itu semua asam garam... i lov all of u...

Sabtu, 14 Februari 2009

koleksi pic








hemO-hemO berkata

before and after




hemO-hemO berkata

adakah akan jadi seperti itew tidakkkkk

Jumaat, 5 Disember 2008

Nukilan

setiap cerita gembira....pasti ada cerita sedih..tatapi lah...n jadikan pedoman..

---------------------------------------------------------------------------------------

Parents, plz spend some moment to read......kisah yang dapat menjadikan pengajaran!

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.

Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia kan bersikap terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.

"Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.

Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk.
Serena memuncung,memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.

"Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.

" Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.."

"Mama basuh pinggan.

Alaaa? bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu,seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah.

Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya.

"Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya.

Saya mengangguk.Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk.
Jiran-jiranmengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan.

Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan.

Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan.

Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya.

Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.

Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.

Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-iba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.

Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, Walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

hemO-hemO berkata
Sedih kan HarGailah anak2 andA .... same gOes tO me

Rabu, 29 Oktober 2008

Syawal Berakhir



Tak lama syawal akan berakhir...

Cuti sekolah menjelang...kami dah merancang awal cuti nk sunatkan budak cOmel tu...hehheehe

yg excited nOrmal lah MAMA dia lah !! hmmmm mcm mana gamaknya....

Mak ckp dia nk buat majlis !! as nOrmal mcm family2 dia !! mcm dia buat kat adik2 akO !! hhahaah !!

Abg tak nak !! dia ckp merepek !! kalau ikOtkan I !! I nk sunat masa lahir !!

AYOOO brOther !! lu punya anak lahir tarra cukup bulan !! itu kOte kecik ma !!! lOve him ( rindu lak adess baru smlm balik OffshOre )

last2 akO pujuk mak !! buat ajerlah pulut kuning ngan rendang daging antar ke Masjid !! senang habih cerita...

tu larh payah !! Org Minang kawin ngan Org Pantai Timur !! hmmmm

apa2pun can't wait !! this cOming 15th November 2008 !!

hari bersejarah !!



hemO-hemO berkata

wajib buat videO cam....

Sabtu, 4 Oktober 2008

Kamal @ Raya @ Sick

Hari ini raya ke empat….Agak mencabar juga raya tahun ini….Hampir-hampir akO beraya di hOspital….Kamal admitted…Satu family gabra…

Pada mulanya hari Isnin akO balik dari kerja….Sampai rumah mak..anak akO kegembiraan bila akO bawa balik beberapa barang dari hamper…akO perasan mulut dia senget tp disebabkan dek akO kepenatan akO masih relaks lagi…Cuma bila tak sampai 5 minit masa akO rehat kat kerusi sambil memandang Kamal akO lihat mata dia sebelah kanan tak berkedip langsung….Not like nOrmal peOple…akO lihat mata dia berair ..nO wOnder dia asyik mengelap mata…N then akO perasan tahi mata dia berkumpul… Lantas dengan segera akO ambik kunci kereta dan bergegas mencari clinic…..

SEMUA CLINIC TUTUP !! akO tak bOleh salahkan mereka….sb lagi sejam nak bukak puasakan….Nak tak nak akO terpaksa gagahkan juga pergi ke Ampang carik clinic mana-mana yang bukak….Dalam masa yang sama akO perlukan abang… Tapi akO tahan sebab akO tak nak dia susah hati kat OffshOre….

Alhamdullilah akO jumpa satu clinic….dOctOr ada….dia cakap anak akO kena facial null function…entah amende tu !! akO pun tak reti… Lantas dia suruh akO pergi ke HOSPITAL segera….hOspital terdekat AMPANG…

Dengan sehelai sepinggan akO pergi ke sana….Berbuka dengan apa yang ada kat canteen….

Pada mulanya akO tak nak call abg tapi ini anak dia….Dia perlu tahu….Aku call dia…agak payah nak dapat line...

Abg terperanjat….Kata-kata dia agak pedas tapi akO faham dia risaukan anak dia….Macam mana awak jaga kamal? Macam mana mak tak sedar ? Kalau apa-apa jadi kat anak saya …saya tak maafkan ?......APa yang bOleh akO balas….Menangis ajerlah….

Line terputus apabila dOctOr panggil….Abang telefon balik dia minta maaf akO faham…Abang Tanya apa sakit kamal…..AkO tak tahu nak cakap apa !! akO pass telefOn kat dOctOr…..

Keputusan di ambil KAMAL terpaksa ADMIT…lagi 2 hari nak raya….  akO sedih sangat….dia kata dia lapar akO bagi makan n minum mulut dia senget….TelefOn akO asyik berbunyi…entahlah akO dah pening….

EsOk nak raya….Pakar datang….Dia sendiri pun tak tahu bagi jawapan…Maybe sb Obesiti ….akO rasa bengang jugak dia asyik cakap kenapa datang sini….kenapa tak pergi HUKM….awak tinggal mana? Kenapa tak pergi Serdang..

HELLO !! akO nak mengamOk lah !! Org dah emergency dia bOleh cakap macam tu….Tak apa dunia berpusing…

Abang tepOn tak sangka dia bOleh balik !! akO syukur sangat !! cOz akO benar-benar memerlukan kehadiran dia !!

Raya tiba !! MAcam tak raya !! Abg n akO asyik pandang kamal…..Kami ke hulu hilir mencari Orang….MAcam2 ayat akO dengar….Kamal kena sampuk ngan Jin lah itu lah ini lah….At last raya kedua akO jumpa bapa Yan….dia cakap tak kena apa2pun …Alhamdullilah…

nOw akO kat Kuantan….duduk kat rumah ma n abah…..Tujuan akO Cuma satu nak minta abah lihat…..sO we wait n see lah….

On this MOnday akO nak pegi hOspital Serdang…jadi akO harap Kamal sihat n cergas seperti dulu…..



hemO-hemO berkata

life w/Out kamal its nUll

Jumaat, 19 September 2008

Thursday - 190908

2day mmG bz punya keje !!

akO bangun lewat hari nie !! almaklumlah tak pOse kan !! bangun2 dah kul 8 lebih !! kamal apa lagik pOnteng lah KAFA !!

pergi bangi uruskan hal lOan Dr Aida n hubby dia !! cari punya cari seksyen 8 baru jumpa !! akO ingat seksyen 8 kat CIMB B B Bangi rupa2nya kat rumah haji Anuar nearby kat seksyen 7 !!

selesai sampai Office kul 11-00 tu pun dah cuak sb kena sOund !! ewah !! suka akO lah kan !! at least i've custOmer !!

kat Office akO cian gak kat kashnOr sb mOney market tak achieve lagik !! ada PFA tapi tak jalan !! mana tak bOleh dikatakan mana ada custOmer yg dia carik sendiri !! semua kita kena sua kan !! wahhhh senang argh keje !! just key in !!

akO ingatkan kashnOr tak perasan !! dia perasan rupa2nya !! tapi entahlah penat cakap !! btw akO dah malas nak ambik pusing !! sb yelah pasal case bulan lepas !! pasal akO sOund dia small matter tu pun nk ngadO !! macam kindergaten punya budak !!

wat ever pun akO jalan keje akO !! bg akO sbg staff baru ke lama !! kalO dah diberi n
bagi jalan !! sO pandai2 sendiri lah nak carik lubang !! sb sO far akO keje !! kalO akO dapat kenal satu Org kat dept tu akO akan keep in tOunch !! learning learning n learning but fOr me !! that gurl On paper nOt clOse deal !!

akO sendiri kat dept akO bukan pandai gak !! tp kena pandai cuba lar !! perati n simpan !!

akO minta call valuer yg invest tu !! dkt seminggu tak dapat !! alasan bz larh itu lah !! elOO kO tak nak figure ker !! pastu last2 ckp tadi unable tO cOntact since the secretary tak bagi cOntact !! adehhh akO rasa mcm biul ajer !! bkn ke akO ckp dulu kita liase ngan anak dia dulu !! sO call ler anak dia !! tp akO pelik kenapa why nOw !! kenapa masa tak cOntact tak infOrm akO !! mcm2 lah

stOp pasal keje !!

abG balik dari kerteh !! his friend jai ( faisal ) antar dia !! depa lepak kat hOtel Melia Bkt BIntang !! akO nO hal larh !! lepak lar kat sini gak !! ambik bilik sebelah !!

meet sU wife jai !! sO far Ok !! eventhOugh dia Org Acheh but she friendly !! baguih !! akO harap harapan kami nak buat family trip wif kawan2 abG tercapai !! hahhahahha rasa mcm nk gi indOn !! kalO malas gi LANGKAWI pun wOKey lah huhuhuh !!

esOk abg kat tOurist guide !! sO sOrry lah !! akO tak dapat ikOt serta !! sb akO keje !! tak bOleh cuti !! since akO nk simpan cuti utk benda penting !! we treat them ngan makan satey !! buat Open rOOm kat bilik hOtel nie !! wha wha mcm bilik ni rumah sendiri !! but its wOrthly cOz akO bOleh kenal kawan abG !!

akO nak tidO !! esOk keje !! warghhhh semangat keje tu ada !! tp nak bangun pagi lembab wha wha wha !!

mOAch i lOve my life utk hari ni !!




hemO-hemO berkata

sukalah sb laki ada hauhuauaa