Khamis, 20 Mac 2008

Maulidur Rasul

INFO MAULIDUR RASUL

1. Di antara keluarga Rasulullah yang hampir dikorbankan oleh ayah sendiri ialah ayah beliau Abdullah dan datuknya Nabi Ismail a.s.

2. Orang Mekah membina rumah-rumah menurut kedudukan mereka, semakin tinggi kedudukan seseorang maka semakin rapatlah rumahnya dengan Ka’bah.

3. Ayah Nabi s.a.w, Abdullah wafat di Madinah dan dikebumikan di perkampungan Bani Najjar. 53 tahun kemudian anaknya Muhammad s.a.w tinggal di perkampungan Bani Najjar setelah hijrah dari Mekah ke Madinah

4. Abrahah, raja Habsyah telah bersumpah akan meruntuhkan Ka’bah setelah seorang Arab melumurkan najisnya ke rumah ibadat Abrahah.

5. Gajah yang dinaikki oleh Abrahah untuk meruntuhkan Ka’bah bernama Mahmud

6. Batu yang terdapat di kaki burung Ababil ialah batu dari neraka yang telah tertulis nama tentera Abrahah.
7. Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada subuh hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 12 April 571 Masihi
Thuwaibah ialah ibu susuan Nabi s.a.w dan beliau adalah hamba kepada Abu Jahal, salah seorang penentang kuat dakwah Baginda s.a.w.

8. Sebelum Thuwaibah menyusu Rasulullah s.a.w beliau terlebih dahulu menyusu bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Muttalib.
9. Dada Baginda s.a.w pernah dibedah oleh Malaikat ketika berumur 4 tahun.
10. Ibu Nabi s.a.w wafat ketika beliau berusia 6 tahun
11. Abdul Muttalib telah mewasiatkan kepada anaknya Abu Talib memelihara Rasulullah s.a.w setelah beliau wafat.
12. Abu Lahab telah meminta izin dari Abu Talib untuk menjaga Rasulullah s.a.w setelah beliau wafat tetapi ditolak oleh Abu Talib.

13. Baginda s.a.w telah berkahwin dengan Khadijah seorang janda yang berusia 40 tahun sedangkan umur Nabi 25 tahun
14. Kesemua anak Nabi adalah dari perkahwinannya dengan Khadijah kecuali Ibrahim dari isterinya yang bernama Mariah.
15. Ketika Nabi berusia 35 tahun berlaku banjir besar sehingga Ka’bah hampir roboh.

16. Nama arkitek yang membina kembali Ka’bah ialah Bakum seorang yang berbangsa Rom.
17. Umur Nabi ketika turunnya Malaikat jibril membawa wahyu pertama ialah 40 tahun 6 bulan.
18. Mereka yang mula-mula memeluk Islam ialah mereka yang rapat dengan Rasulullah. Iaitu isteri beliau Khadijah, anak angkat beliau Ali bin Abu Talib serta Zaid bin Harithah dan kawan rapat beliau Abu Bakar.
19. Pada peringkat permulaan, bentuk sembahyang Nabi dan orang Islam ialah 2 rakaat pagi dan 2 rakaat petang.
20. Orang yang pertama mengutuk Rasulullah s.a.w ialah bapa saudara beliau sendiri Abu Lahab.
21. Sebelum orang Islam berhijrah ke Madinah, Nabi pernah mengarahkan orang Islam berhijrah ke Habsyah.
22. Saidina Umar masuk Islam setelah 3 hari Islamnya saidina Hamzah.
24. Isteri Rasulullah s.a.w Khadijah wafat ketika baginda berusia 50 tahun iaitu selepas wafatnya Abu Talib 2 bulan 3 hari.
25. Sebulan setelah wafatnya Khadijah, Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Saudah Bt Zam’aah juga seorang janda.




hemO-hemO berkata bagus juga kO ni kan !! dlm pOlitik agama pun ada

bengOng lah kO hemO2 - dlm islam pOlitik pun ada !! semua cukup lah !!

0 ulasan: